Sejarah United Coconut Planters Bank

UCPB mula beroperasi pada 15 Mei 1963, sebagai First United Bank (Philippines) dengan hanya empat pejabat cawangan, sebuah bank komersial kecil[3].

Asal-usul penubuhan UCPB bermula dengan Keputusan Presiden 755 (atau P.D. 755) dimana Presiden Ferdinand Marcos pada 29 Julai 1975 menyusun Philippine Coconut Authority (Lembaga Kelapa Filipina) untuk "merumuskan dan mengesyorkan untuk menggunapakai dasar kredit yang bekesan kepada pengeluaran, pemasaran, dan proses dari minyak kelapa dan sawit" dan "untuk menyediakan kemudahan kredit yang tersedia untuk petani kelapa dengan kadar bunga khas"[4]. PCA yang diketuai oleh Juan Ponce Enrile membeli saham 72,2% saham First United Bank yang dimiliki oleh Jose Cojuangco[5].

Cocobank oalah nama pendek rasmi dari bank ini pada 1980an dan awal 1990an.

Pada 1990an, UCPB bersama dengan Equitable Banking Corporation (kini Banco de Oro Universal Bank), Philippine National Bank dan the Far East Bank serta Trust Company (kini Bank of the Philippine Islands) membentuk MegaLink, satu dari tiga rangkaian antarabank terbesar di Filipina. Walaupun begitu, kemudian ATM UCPB sudah ada sejak 1980an, yang merupakan institusi kewangan pertama yang menawarkan kemudahan ATM. Ia menubuhkan cabang perkhidmatan pra-keperluan Cocoplans pada 1993.

Bank ini terlibat banyak projek pembangunan sosial dan aktiviti amal lainnya. Kini, UCPB merupakan salah satu bank terbesar Filipina, dengan 188 cawangan dan 279 ATM di seluruh negeri. Bank ini merupakan satu-satunya bank sejagat yang memiliki anak syarikat bank yang beroperasi di daerah pedesaan walaupun saat ini sudah digabung dengan induknya pada November 2005 kerana operasi perbankan yang mampat. UCPB merupakan ahli BancNet.

Rujukan

WikiPedia: United Coconut Planters Bank http://www.philstar.com/business/2012/10/01/854672... http://www.philstar.com/business/2013/05/29/947413... http://www.ucpb.com http://business.inquirer.net/160855/govt-set-to-bi... http://newsinfo.inquirer.net/5993/how-%E2%80%98coc... http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/metro/vi... http://www.lawphil.net/statutes/presdecs/pd1975/pd... http://www.mb.com.ph/node/50476 http://www.gmanews.tv/story/215387/former-gma-netw... https://www.ucpb.com/about/boardofdirectors/